Pada Ahad lepas dan semalam adalah merupakan hari bagi melaporkan diri kepada para pelajar baharu di IPTA di Malaysia. Seperti biasa apabila tiba masa ini, kesesakan jalan di sekitar universiti akan berlaku. Saya sendiri hampir merah kedatangan pada hari semalam disebabkan oleh perkara ini...huhuhu.
Kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran, nasihat saya belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan alpa dengan kejayaan anda semasa di matrikulasi apabila berjaya mendapat pointer 4.00. Apa yang saya dapat lihat sepanjang berkhidmat di universiti, terdapat para pelajar yang hanyut dibuai dengan kejayaan semasa di matrikulasi dan kegembiraan mendapatkan bidang pengajian yang diidamkan terutama mereka yang bercita-cita menjadi doktor.
Perlu diingatkan bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraaan dan pelbagai lagi memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi sepanjang tahun pengajian. Setiap tahun saya akan melihat terdapat pelajar baharu yang kecundang pada tahun pertama pengajian mereka dan akhirnya membuat keputusan untuk menukar ke bidang yang kurang 'kesusahan' dalam pembelajarannya.
Kepada pelajar baharu, tahniah kerana berjaya dalam permohanan anda ke IPT dan 'Good luck' untuk pengajian anda. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment