Tuesday, 17 September 2013

Refleksologi kaki : Man Zu Tang

Assalamualaikum...

Sabtu lepas tetiba saya rasa macam nak buat urutan kaki. So teringat ada satu kedai refleksologi kaki yang terletak berdekatan dengan Masjid Kajang. Saya pikir nak try la yang kat situ. Mana tau best kan. Nama kedai tu MAN ZU TANG HEALTH AND BEAUTY CENTRE. Kedai nie berdekatan dengan Stadium dan Masjid bandar Kajang, sederet dengan Seng Heng dan Proton.


Inilah kedainya

Kat kedai nie dia tawarkan urutan kaki refleksologi dan juga urutan badan. Anda semua jangan risau kerana kedai nie sememangnya hanya menjalankan proses urutan biasa sahaja. Tiada yang luar biasa ye. So satu famili boleh datang sini. Bagi urutan kaki bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 selama satu jam. Urutan badan saya tak ingat sebab saya nak buat kaki je. Tapi yang saya ingat dia ada buat pakej urutan kaki dan badan iaitu RM 85.00. Pekerja kat situ cakap kalau ambil pakej jimat RM 5.00. Kira sendirilah ye urutan badan berapa.


Disebabkan saya pernah buat refleksologi kaki nie di tempat lain, jadi saya boleh bandingkan suasana tempat nie dengan yang lain. Setakat nie saya rasa tempat nie menarik dan prosesnya hampir sama dengan tempat lain. Setiap pelanggan akan diberikan bantal panas untuk diletakkan di tengkuk sambil berurut. Rasa selesa sangat. Sebelum proses urutan bermula, kaki akan direndamkan di dalam air suam bercampur dengan herba. Gambar rendam kaki lupa nak ambil, so tengok jelah tempat rendamnya.

Singki kecil untuk rendam kaki. Yang dua uncang tu herba rendaman

Selepas rendam beberapa minit, kaki akan dilap sehingga kering dan seterusnya proses urutan akan dimulakan. Buat pengetahuan semua, kat sini ada 13 tukang urut yang semuanya berasal dari Borneo. Terdapat lelaki dan juga wanita, so boleh minta nak yang mana.
Suasana di tempat nie hampir sama seperti tempat yang lain. Selesa dan boleh tertidur rasanya sambil diurut tu.

 Tempat untuk urutan kaki

Bilik-bilik untuk urutan badan


Proses urutan berjalan dengan lancar dan tukang urut yang saya dapat nie sudah hampir 5 tahun pengalamannya. Lupa nak bagitau. Nama tukang urut yang saya dapat nie Azmi. Muda lagi orangnya dan sangat peramah. Sepanjang proses urutan, saya bersembang je dengan dia. Jadi saya cadangkan kalau datang sini, boleh mintak khidmat Azmi nie. Insyaallah, anda akan berpuas hati. Lagipun pekerja disini, gajinya bergantung kepada jumlah pelanggan, ramai pelanggan yang mereka urut, banyaklah gajinya.

Inilah Azmi

Selepas habis urutan, saya minum teh cina yang diberikan kepada semua pelanggan di sini. Selepas habis semua proses urutan, kaki saya rasa lebih ringan dan selesa. Jadi, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan tempat ini dan mencadangkan anda juga mencuba. Insyaallah saya akan datang lagi.


Monday, 9 September 2013

Saya Sudah Menonton Tanda Putera

Assalamualaikum...

Minggu lepas setelah hampir beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang, akhirnya filem TANDA PUTERA telah menyebabkan saya ke sana. Seperti yang kita semua ketahui, filem ini telah mengalami pelbagai kontroversi bermula dari tarikh tayangan hinggalah kepada jalan ceritanya. Semasa filem ini baru tayangkan, kita dapat melihat pelbagai reaksi oleh rakyat Malaysia mengenai filem ini. Oleh yang demikian, saya merasakan tidak sepatutnya saya membuat komen mengenai filem ini sebelum melihatnya.
Ditemani dengan anak saudara, saya menonton filem ini yang berdurasi 2 jam. Pada pendapat saya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, filem ini mengisahkan dua orang negarawan Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Dalam menceritakan kisah hidup mereka, situasi 13 Mei dijadikan salah satu plot utama yang menggambarkan bagaimana mereka berdua berganding bahu dalam menghadapi situasi tersebut.



Apa yang saya lihat juga, filem ini telah menunjukkan bahawa pihak komunis adalah dalang sebenar di sebalik kejadian tersebut dimana PEMIMPIN KOMUNIS ini telah menghasut orang-orang Cina dalam melakukan rusuhan kaum pada masa tersebut. Saya tidak melihat apa-apa yang melibatkan parti politik yang berkenaan sebagai punca utama rusuhan ini terjadi berdasarkan plot filem ini. Jadi tidak timbul rasanya cerita yang kita semua dengar mengenai kontroversi filem ini dengan parti politik tersebut.
Seterusnya filem ini menceritakan bagaimana mereka berdua mentadbir negara disamping masing-masing mempunyai masalah kesihatan yang kronik tanpa ketahui oleh orang lain mahupun ahli keluarga. Filem ini diakhiri dengan Malaysia kehilangan Tun Dr Ismail semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 selang beberapa tahun selepas itu. 
Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Saya syorkan filem ini ditonton seisi keluarga kerana filem ini memberi banyak input dari segi kecintaan kita pada negara serta pemimpin negara, sejarah, persahabatan, kekeluargaan dan juga suasana kehidupan dengan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Monday, 2 September 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu

Pada Ahad lepas dan semalam adalah merupakan hari bagi melaporkan diri kepada para pelajar baharu di IPTA di Malaysia. Seperti biasa apabila tiba masa ini, kesesakan jalan di sekitar universiti akan berlaku. Saya sendiri hampir merah kedatangan pada hari semalam disebabkan oleh perkara ini...huhuhu.

Kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran, nasihat saya belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan alpa dengan kejayaan anda semasa di matrikulasi apabila berjaya mendapat pointer 4.00. Apa yang saya dapat lihat sepanjang berkhidmat di universiti, terdapat para pelajar yang hanyut dibuai dengan kejayaan semasa di matrikulasi dan kegembiraan mendapatkan bidang pengajian yang diidamkan terutama mereka yang bercita-cita menjadi doktor.

 Perlu diingatkan bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraaan dan pelbagai lagi memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi sepanjang tahun pengajian. Setiap tahun saya akan melihat terdapat pelajar baharu yang kecundang pada tahun pertama pengajian mereka dan akhirnya membuat keputusan untuk menukar ke bidang yang kurang 'kesusahan' dalam pembelajarannya.

Kepada pelajar baharu, tahniah kerana berjaya dalam permohanan anda ke IPT dan 'Good luck' untuk pengajian anda. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.