Kali nie nak kongsi pengalaman bercuti ke Pulau Langkawi pada September lepas. Saya pergi sekeluarga ke sana selama tiga hari dua malam. Tapi sebelum ke sana, saya survey dululah blog-blog yang berkongsi tentang pengalaman mereka bercuti di sana. Alhamdulillah banyak cadangan yang blogger-blogger sarankan tu, memudahkan percutian dan sesi shopping saya semasa di sana.
Saya bertolak dari rumah abang saya di Bukit Mertajam lebih kurang jam 8.30 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai ke Perlis. Lewat sikit sebab kami singgah dua tempat, satu rumah kawan kat Bertam dan satu lagi beli makanan kat RnR Gurun.
Jam 11.30 pagi, kami sampai di rumah sepupu saya di Arau, Perlis. Lepas berehat seketika, kami di jamu dengan nasi dan lauk pauk yang best sangat. Alhamdulillah, semua makan dengan berselera. Terima kasih kazenku. Dalam pukul 1.00 petang kami bertolak ke jeti Kuala Perlis. Kereta ayah saya, tinggal kat rumah kazen sebab dia tolong hantar kami ke sana. So, jimat la sikit untuk bayaran letak kereta dan hati pun tenang nak bercuti sebab kereta sure selamat. Lebih kurang 20 minit kemudian, kami pun sampai kat jeti dan kazen suruh terus beli tiket. Tiket untuk dewasa RM 18 dan kanak-kanak RM 13. Kami bernasib baik kerana feri akan bertolak pada 1.30 petang. So, dari kereta angkat beg terus je masuk feri.
Tiket feri pergi dan balik
Bagi sesiapa yang nak naik dari Kuala Perlis, di sekitar jeti tersebut terdapat banyak tempat letak kereta disediakan. Tapi kebanyakkannya adalah kawasan persendirian. Ada yang berbumbung ada yang tidak. Harga pulak saya tengok dari Rm 10 hingga ke RM 20. Jadi kena pandai-pandailah cari ye mana yang selamat dan berbaloi harganya.
Perjalanan menaiki feri bagi saya dan keluarga tiada masalah. Mungkin disebabkan cuaca pun cerah, so rasa bergoyang sebab ombak pun takde. Suasana dalam feri pun boleh tahan cuma kerusi agak sempit. Disebabkan feri hampir penuh jadi saya tak boleh la nak pindah kat tempat duduk yang lain. Takpelah sebab dalam 2.30 petang kami dah selamat sampai ke jeti Kuah, Langkawi.
Sampai je sini, perkara pertama yang perlu dibuat adalah telefon tuan sewa kereta. Tak sampai 10 minit, kereta dah berada di depan mata. Saya syorkan sesiapa yang nak sewa kereta kat Langkawi sila gunakan khidmat En. Shamsibah(0124440109). Sangat puas hati dan senang nak berurusan. Tapi masa hubungi dia cakap yang anda dah tengok blog dia. So, baru dapat harga ikut blog tu. Kalau tak mahal sikit. Booking dia suruh bayar RM 50 untuk confirm. Sampai sana nanti cuma bayar baki yang tinggal. Buat pengetahuan semua, kereta yang saya tempah adalah Nissan Almera degan harga RM 70 sehari (24 jam). Tapi masa nak amek kereta,kawan Sham yang hantar kereta nie cakap Almera dah di sewa orang. So dia gantikan HONDA CITY dengan harga yang sama.Dia tanya boleh tak. Of course la boleh sebab harga sebenar kereta tu RM 90 sehari. So, 100% di cadangkan.
Inilah kereta yang disewa
Penginapan pula saya telah memilih Seri Mutiara Motel yang terletak berdekatan dengan Jeti Kuah. Motel nie kat kawasan kampung dan tak jauh dari jalan besar. Tempat nie bagi saya selesa, mudah nak cari, berdekatan dengan kawasan membeli-belah di Kuah iaitu Pandak Mayah dan berada dalam bajet iaitu RM 100 semalam untuk 'Family Room'. Nak tempah bilik pun senang, cuma call untuk booking pastu bayar dulu separuh untuk confirm. Pemilik motel nie nama dia En. Razi. Peramah orangnya. Kalau nak tau apa-apa tentang Langkawi, tanya je dia sebab dia selalu ada kat motel tu.
Okaylah, nanti sambung lagi ye...Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment