Sekarang nie rasanya orang Malaysia sudah mula berminat dengan menu makanan negara Timur Tengah. Maklumlah, semenjak dua menjak nie, bangsa Arab boleh dijumpai di merata-rata tempat terutama di kawasan yang mempunyai institusi pengajian tinggi. Jadi secara tidak langsung, tumbuhlah pelbagai restoren yang berkonsepkan makanan Arab nie terutamanya di Lembah Kelang.
So, saya nak bagi review sikit tentang Restoren Arabian House nie. Alhamdulillah saya dah hampir lima kali ke sana dan sudah semestinya saya berpuas hati dengan masakan, harga serta servisnya. Restoren nie dekat Taman Putra Kajang. Nak cari pun senang je, kalau dari Sungai Ramal terus je jalan ikut SILK Highway arah Kajang. Kemudian bayar tol RM 1.00. Lepas je tol, kita boleh nampak deretan kedai di sebelah kanan jalan. Jadi susur ke kiri jalan dan masuk ke persimpangan pertama di belah kiri sebab kita kena buat U-turn kat situ. So, bila dah berada kat sebelah jalan yang bertentangan tadi jalan terus je sampai persimpangan masuk ke deretan kedai yang kita tengok tadi. Restoren nie berada di sebelah kiri. Jangan risau memang tak susah nak carinya.
Menu kat sini hampir sama je dengan restoren- restoren arab yang lain. Tapi yang best kat sini, ada disediakan menu untuk keluarga seramai 6-8 orang dewasa. Ia disediakan di dalam talam besar. Dalam talam tu ada nasi kabsah, mandy, ayam juga kambing. So semua jenis dah ada dalam talam tu. Cuma kalau nak kebab kena order lain la. Gambar makanan mintak maaf la ye sebab setiap kali datang sini, yang ingat adalah MAKAN je.
Harga makanan kat sini boleh dikatakan lebih murah berbanding restoren arab yang lain. Kawasan dalam restoren nie pun agak selesa. Kat sini, pelayan dia semua arab dan ada yang kurang faham cakap inggeris. Tapi tak perlu risau kerana pengurus restoren nie boleh cakap melayu. Jadi apa lagi, jika tengah duk pikir nak makan nasi arab kat mana, inilah tempatnya. Sangat dicadangkan.
Sekian, terima kasih....