Friday 29 November 2013

Cuti di Langkawai Part 2

Assalamualaikum...

Sekarang nie nak cerita sikit pasal membeli-belah kat langkawi. Seperti yang semua orang tau, kat Langkawi nie tempat yang paling femes kalau nak beli barang-barang terutama coklat dan barangan dapur iaitu kat Haji Ismail Group(HIG) dan juga kat Idaman Suri. Sebelum sampai sini saya memang dah target nak beli set VISION dan kuali TEFAL. Jadi apa yang saya buat adalah survey dulu reganya seperti cadangan dari blogger-blogger yang lain. Jadi result yang dapat selepas survey adalah harga barang tak banyak berbeza cuma time saya datang tu ada yang buat harga promotion.

 Kompleks Haji Ismail Group yang baru dibuka.

Jadi saya buat keputusan beli barang kat HIG sebab harga yang sama dengan kedai lain tetapi saya dapat pahala sikit sebab beli kat orang Islam. 
Secara kebetulan pula masa ayah saya tengah tunggu kami membeli-belah, bos besar HIG sendiri datang dan bersembang dengan ayah. Bila saya sampai kat tempat mereka duduk, tuan haji tu adalah cerita serba sedikit tentang syarikat beliau. Rupanya HIG nie dipunyai oleh 8 individu iaitu tuan haji tersebut bersama 7 orang adiknya serta ibu mereka. Seronok pulak rasanya dapat jumpa dengan tuan empunya HIG dan bangga dengan kejayaan beliau adik- beradik. Sebelum pulang tuan haji ada bagitau saya yang sekiranya ada kekurangan atau cadangan tentang HIG nie, beliau suruh saya e-mail je kat dia. Katanya dia akan ambil tindakan. Best pulak bila dia cakap camtu.Hehehehe...

Bab coklat pulak yang saya nampak, kat HIG, Idaman Suri atau Teow Soon Huat Duty Free harganya ada yang kat situ murah, kat sini coklat nie mahal plak. Ada yang kat situ mahal, kat sini murah plak. So kalau sape rajin boleh la beli coklat ikut brand yang disukai di kedai yang mana murah. Saya malas, so beli je kat HIG.

Bercakap tentang beg plak, sebelum sampai Langkawi nie sebenarnya saya dah bercadang nak beli beg tarik yang besar. Maklumlah yang ada sekarang nie setakat 3-4 hari je boleh la. Lebih dari tu confirm x muat nak isi dan saya nie plak jenis yang suka bawak pakaian lebih. So masa kat sini punyalah duk cari beg yang menjadi idaman, tetapi hampa sebab kat sini kebanyakannya menjual beg yang kurang berjenama dan saya takut nak beli sebab tak pasti tentang kualitinya. Beg berjenama yang saya nampak pun hanya jual kat TEOW SOON HUAT tapi reganya sama macam kat KL kalau time sale. So keputsannya tak beli.   

Kat bawah nie saya letak gambar-gambar masa membeli-belah. Mana tau boleh dijadikan panduan.



Nie yang saya pilih sebab sekali dengan penutup. kalau tak penutup jual asing dan harganya mahal jugak.


Yang nie saya tak beli sebab kat LAZADA harganya kurang pada RM 100.00. Harga kat sini RM 178.00

Kepada sesiapa yang kurang yakin tentang bab halalan toyibban, ini jawapannya.


Friday 18 October 2013

Restoran Arabian House

Assalamualaikum....

Sekarang nie rasanya orang Malaysia sudah mula berminat dengan menu makanan negara Timur Tengah. Maklumlah, semenjak dua menjak nie, bangsa Arab boleh dijumpai di merata-rata tempat terutama di kawasan yang mempunyai institusi pengajian tinggi. Jadi secara tidak langsung, tumbuhlah pelbagai restoren yang berkonsepkan makanan Arab nie terutamanya di Lembah Kelang. 




So, saya nak bagi review sikit tentang Restoren Arabian House nie. Alhamdulillah saya dah hampir lima kali ke sana dan sudah semestinya saya berpuas hati dengan masakan, harga serta servisnya. Restoren nie dekat Taman Putra Kajang. Nak cari pun senang je, kalau dari Sungai Ramal terus je jalan ikut SILK Highway arah Kajang. Kemudian bayar tol RM 1.00. Lepas je tol, kita boleh nampak deretan kedai di sebelah kanan jalan. Jadi susur ke kiri jalan dan masuk ke persimpangan pertama di belah kiri sebab kita kena buat U-turn kat situ. So, bila dah berada kat sebelah jalan yang bertentangan tadi jalan terus je sampai persimpangan masuk ke deretan kedai yang kita tengok tadi. Restoren nie berada di sebelah kiri. Jangan risau memang tak susah nak carinya.

Menu kat sini hampir sama je dengan restoren- restoren arab yang lain. Tapi yang best kat sini, ada disediakan menu untuk keluarga seramai 6-8 orang dewasa. Ia disediakan di dalam talam besar. Dalam talam tu ada nasi kabsah, mandy, ayam juga kambing. So semua jenis dah ada dalam talam tu. Cuma kalau nak kebab kena order lain la. Gambar makanan mintak maaf la ye sebab setiap kali datang sini, yang ingat adalah MAKAN je.

Harga makanan kat sini boleh dikatakan lebih murah berbanding restoren arab yang lain. Kawasan dalam restoren nie pun agak selesa. Kat sini, pelayan dia semua arab dan ada yang kurang faham cakap inggeris. Tapi tak perlu risau kerana pengurus restoren nie boleh cakap melayu. Jadi apa lagi, jika tengah duk pikir nak makan nasi arab kat mana, inilah tempatnya. Sangat dicadangkan.
Sekian, terima kasih....

Thursday 10 October 2013

Cuti di Langkawi Part 1

Assalamualaikum semua...

Kali nie nak kongsi pengalaman bercuti ke Pulau Langkawi pada September lepas. Saya pergi sekeluarga ke sana selama tiga hari dua malam. Tapi sebelum ke sana, saya survey dululah blog-blog yang berkongsi tentang pengalaman mereka bercuti di sana. Alhamdulillah banyak cadangan yang blogger-blogger sarankan tu, memudahkan percutian dan sesi shopping saya semasa di sana.

Saya bertolak dari rumah abang saya di Bukit Mertajam lebih kurang jam 8.30 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai ke Perlis. Lewat sikit sebab kami singgah dua tempat, satu rumah kawan kat Bertam dan satu lagi beli makanan kat RnR Gurun.

Jam 11.30 pagi, kami sampai di rumah sepupu saya di Arau, Perlis. Lepas berehat seketika, kami di jamu dengan nasi dan lauk pauk yang best sangat. Alhamdulillah, semua makan dengan berselera. Terima kasih kazenku. Dalam pukul 1.00 petang kami bertolak ke jeti Kuala Perlis. Kereta ayah saya, tinggal kat rumah kazen sebab dia tolong hantar kami ke sana. So, jimat la sikit untuk bayaran letak kereta dan hati pun tenang nak bercuti sebab kereta sure selamat. Lebih kurang 20 minit kemudian, kami pun sampai kat jeti dan kazen suruh terus beli tiket. Tiket untuk dewasa RM 18 dan kanak-kanak RM 13. Kami bernasib baik kerana feri akan bertolak pada 1.30 petang. So, dari kereta angkat beg terus je masuk feri.

Tiket feri pergi dan balik

Bagi sesiapa yang nak naik dari Kuala Perlis, di sekitar jeti tersebut terdapat banyak tempat letak kereta disediakan. Tapi kebanyakkannya adalah kawasan persendirian. Ada yang berbumbung ada yang tidak. Harga pulak saya tengok dari Rm 10 hingga ke RM 20. Jadi kena pandai-pandailah cari ye mana yang selamat dan berbaloi harganya.

Perjalanan menaiki feri bagi saya dan keluarga tiada masalah. Mungkin disebabkan cuaca pun cerah, so rasa bergoyang sebab ombak pun takde. Suasana dalam feri pun boleh tahan cuma kerusi agak sempit. Disebabkan feri hampir penuh jadi saya tak boleh la nak pindah kat tempat duduk yang lain. Takpelah sebab dalam 2.30 petang kami dah selamat sampai ke jeti Kuah, Langkawi.

Sampai je sini, perkara pertama yang perlu dibuat adalah telefon tuan sewa kereta. Tak sampai 10 minit, kereta dah berada di depan mata. Saya syorkan sesiapa yang nak sewa kereta kat Langkawi sila gunakan khidmat En. Shamsibah(0124440109). Sangat puas hati dan senang nak berurusan. Tapi masa hubungi dia cakap yang anda dah tengok blog dia. So, baru dapat harga ikut blog tu. Kalau tak mahal sikit. Booking dia suruh bayar RM 50 untuk confirm. Sampai sana nanti  cuma bayar baki yang tinggal. Buat pengetahuan semua, kereta yang saya tempah adalah Nissan Almera degan harga RM 70 sehari (24 jam). Tapi masa nak amek kereta,kawan Sham yang hantar kereta nie cakap Almera dah di sewa orang. So dia gantikan HONDA CITY dengan harga yang sama.Dia tanya boleh tak. Of course la boleh sebab harga sebenar kereta tu RM 90 sehari. So, 100% di cadangkan.



 Inilah kereta yang disewa

Penginapan pula saya telah memilih Seri Mutiara Motel yang terletak berdekatan dengan Jeti Kuah. Motel nie kat kawasan kampung dan tak jauh dari jalan besar. Tempat nie bagi saya selesa, mudah nak cari, berdekatan dengan kawasan membeli-belah di Kuah iaitu Pandak Mayah dan berada dalam bajet iaitu RM 100 semalam untuk 'Family Room'. Nak tempah bilik pun senang, cuma call untuk booking pastu bayar dulu separuh untuk confirm. Pemilik motel nie nama dia En. Razi. Peramah orangnya. Kalau nak tau apa-apa tentang Langkawi, tanya  je dia sebab dia selalu ada kat motel tu.

Okaylah, nanti sambung lagi ye...Assalamualaikum.


Tuesday 17 September 2013

Refleksologi kaki : Man Zu Tang

Assalamualaikum...

Sabtu lepas tetiba saya rasa macam nak buat urutan kaki. So teringat ada satu kedai refleksologi kaki yang terletak berdekatan dengan Masjid Kajang. Saya pikir nak try la yang kat situ. Mana tau best kan. Nama kedai tu MAN ZU TANG HEALTH AND BEAUTY CENTRE. Kedai nie berdekatan dengan Stadium dan Masjid bandar Kajang, sederet dengan Seng Heng dan Proton.


Inilah kedainya

Kat kedai nie dia tawarkan urutan kaki refleksologi dan juga urutan badan. Anda semua jangan risau kerana kedai nie sememangnya hanya menjalankan proses urutan biasa sahaja. Tiada yang luar biasa ye. So satu famili boleh datang sini. Bagi urutan kaki bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 selama satu jam. Urutan badan saya tak ingat sebab saya nak buat kaki je. Tapi yang saya ingat dia ada buat pakej urutan kaki dan badan iaitu RM 85.00. Pekerja kat situ cakap kalau ambil pakej jimat RM 5.00. Kira sendirilah ye urutan badan berapa.


Disebabkan saya pernah buat refleksologi kaki nie di tempat lain, jadi saya boleh bandingkan suasana tempat nie dengan yang lain. Setakat nie saya rasa tempat nie menarik dan prosesnya hampir sama dengan tempat lain. Setiap pelanggan akan diberikan bantal panas untuk diletakkan di tengkuk sambil berurut. Rasa selesa sangat. Sebelum proses urutan bermula, kaki akan direndamkan di dalam air suam bercampur dengan herba. Gambar rendam kaki lupa nak ambil, so tengok jelah tempat rendamnya.

Singki kecil untuk rendam kaki. Yang dua uncang tu herba rendaman

Selepas rendam beberapa minit, kaki akan dilap sehingga kering dan seterusnya proses urutan akan dimulakan. Buat pengetahuan semua, kat sini ada 13 tukang urut yang semuanya berasal dari Borneo. Terdapat lelaki dan juga wanita, so boleh minta nak yang mana.
Suasana di tempat nie hampir sama seperti tempat yang lain. Selesa dan boleh tertidur rasanya sambil diurut tu.

 Tempat untuk urutan kaki

Bilik-bilik untuk urutan badan


Proses urutan berjalan dengan lancar dan tukang urut yang saya dapat nie sudah hampir 5 tahun pengalamannya. Lupa nak bagitau. Nama tukang urut yang saya dapat nie Azmi. Muda lagi orangnya dan sangat peramah. Sepanjang proses urutan, saya bersembang je dengan dia. Jadi saya cadangkan kalau datang sini, boleh mintak khidmat Azmi nie. Insyaallah, anda akan berpuas hati. Lagipun pekerja disini, gajinya bergantung kepada jumlah pelanggan, ramai pelanggan yang mereka urut, banyaklah gajinya.

Inilah Azmi

Selepas habis urutan, saya minum teh cina yang diberikan kepada semua pelanggan di sini. Selepas habis semua proses urutan, kaki saya rasa lebih ringan dan selesa. Jadi, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan tempat ini dan mencadangkan anda juga mencuba. Insyaallah saya akan datang lagi.


Monday 9 September 2013

Saya Sudah Menonton Tanda Putera

Assalamualaikum...

Minggu lepas setelah hampir beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang, akhirnya filem TANDA PUTERA telah menyebabkan saya ke sana. Seperti yang kita semua ketahui, filem ini telah mengalami pelbagai kontroversi bermula dari tarikh tayangan hinggalah kepada jalan ceritanya. Semasa filem ini baru tayangkan, kita dapat melihat pelbagai reaksi oleh rakyat Malaysia mengenai filem ini. Oleh yang demikian, saya merasakan tidak sepatutnya saya membuat komen mengenai filem ini sebelum melihatnya.
Ditemani dengan anak saudara, saya menonton filem ini yang berdurasi 2 jam. Pada pendapat saya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, filem ini mengisahkan dua orang negarawan Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Dalam menceritakan kisah hidup mereka, situasi 13 Mei dijadikan salah satu plot utama yang menggambarkan bagaimana mereka berdua berganding bahu dalam menghadapi situasi tersebut.



Apa yang saya lihat juga, filem ini telah menunjukkan bahawa pihak komunis adalah dalang sebenar di sebalik kejadian tersebut dimana PEMIMPIN KOMUNIS ini telah menghasut orang-orang Cina dalam melakukan rusuhan kaum pada masa tersebut. Saya tidak melihat apa-apa yang melibatkan parti politik yang berkenaan sebagai punca utama rusuhan ini terjadi berdasarkan plot filem ini. Jadi tidak timbul rasanya cerita yang kita semua dengar mengenai kontroversi filem ini dengan parti politik tersebut.
Seterusnya filem ini menceritakan bagaimana mereka berdua mentadbir negara disamping masing-masing mempunyai masalah kesihatan yang kronik tanpa ketahui oleh orang lain mahupun ahli keluarga. Filem ini diakhiri dengan Malaysia kehilangan Tun Dr Ismail semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 selang beberapa tahun selepas itu. 
Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Saya syorkan filem ini ditonton seisi keluarga kerana filem ini memberi banyak input dari segi kecintaan kita pada negara serta pemimpin negara, sejarah, persahabatan, kekeluargaan dan juga suasana kehidupan dengan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Monday 2 September 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu

Pada Ahad lepas dan semalam adalah merupakan hari bagi melaporkan diri kepada para pelajar baharu di IPTA di Malaysia. Seperti biasa apabila tiba masa ini, kesesakan jalan di sekitar universiti akan berlaku. Saya sendiri hampir merah kedatangan pada hari semalam disebabkan oleh perkara ini...huhuhu.

Kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran, nasihat saya belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan alpa dengan kejayaan anda semasa di matrikulasi apabila berjaya mendapat pointer 4.00. Apa yang saya dapat lihat sepanjang berkhidmat di universiti, terdapat para pelajar yang hanyut dibuai dengan kejayaan semasa di matrikulasi dan kegembiraan mendapatkan bidang pengajian yang diidamkan terutama mereka yang bercita-cita menjadi doktor.

 Perlu diingatkan bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraaan dan pelbagai lagi memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi sepanjang tahun pengajian. Setiap tahun saya akan melihat terdapat pelajar baharu yang kecundang pada tahun pertama pengajian mereka dan akhirnya membuat keputusan untuk menukar ke bidang yang kurang 'kesusahan' dalam pembelajarannya.

Kepada pelajar baharu, tahniah kerana berjaya dalam permohanan anda ke IPT dan 'Good luck' untuk pengajian anda. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Friday 30 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia


Salam kemerdekaan warga Malaysia
Pagi tadi agak bising ruang udara di kawasan rumah saya dengan kehadiran jet- jet pejuang ATM.
Nie mesti untuk pertunjukan kat Dataran Merdeka.... Sempena hari kemerdekaan nie sambil bermalas diri di rumah, marilah kita bersama- sama mengambil peluang cuti yang ada untuk bershopping apa yang patut kerana pagi-pagi tadi saya dah dapat sms dari AEO JUSCO, TESCO, WATSON berkenaan promosi dan discount yang ditawarkan oleh mereka. Tak lupa juga hari nie discount 31% kat BASKIN ROBBINS. Lama gak tak pekena ais krim nie...nyum nyum.
OKlah...MERDEKA! untuk Malaysia dan selamat bershopping semua.